Aktres jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta akui tidak perlu berpakaian sedondon bersama keluarga untuk nampak menarik.
Sebagai selebriti yang sering menjadi tumpuan dalm setiap gaya dan penampilannya, Che Ta berkongsi bagaimana dia menggayakan keluarganya setiap kali keluar atau bercuti.
"Sebenarnya tidak perlu untuk sedondon satu keluarga.
"Namun, 'tone color' yang sama akan nampak cantik apabila di dalam gambar.
"Dunia ini kan ibarat pentas. Kita buat pertunjukan fesyen sendiri.
"Ada sekali itu Zain, Ammar, Aniq pakai warna hitam. Saya pakai warna merah jambu dan hitam. Aisyah pulak saya pilih warna merah jambu sahaja.
"Lepas itu ada netizen yang komen kenapa Aisyah tak sedondon," kata Che Ta.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah isteri kepada aktor Zain Saidin ini berkata setiap kali pergi melancong dia akan 'google' dahulu tempat yang akan dikunjungi.
"Bila saya pergi melancong, saya akan 'google' dan 'screenshot' dahulu tempat yang akan pergi.
"Supaya baju saya takkan kelihatan seperti sesumpah apabila dalam gambar nanti," katanya lagi.
Selepas Zain dan Rozita bernikah pada 11 Disember 2013, mereka menerima kehadiran Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.