Skip to main content

Budaya Popular

Selepas Dilanda Pelbagai Kontroversi, Nur Sajat Nak Bina Masjid Pula

sajatbefunky-collage.jpg
Usahawan popular yang juga seorang penyanyi, Nursajat berhasrat untuk membina sebuah masjid di atas tanah miliknya sendiri yang akan dibeli tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi status Facebook miliknya semalam.

Menurut Sajat, masjid tersebut juga akan dijadikan tempat perlindungan anak yatim dan dijangka siap pada tahun hadapan.

"Tak sabar rasanya nak bina masjid di tanah saya beli sendiri yang berkeluasan 3 ekar setengah.

"Saya nak buat rumah perlindungan anak yatim juga disana dan kalau boleh, saya nak sediakan tempat kubur saya juga di kawasan itu.

"Insya-Allah, pembinaan masjid tersebut akan siap pada tahun hadapan," tulisnya.



Selain itu, Sajat memilih untuk merahsiakan lokasi masjid tersebut dan akan mengumukannya setelah ia siap dibina.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement