Skip to main content

Budaya Popular

"Sebolehnya, Saya Nak Elak Babak Bersentuhan Melampau Kerana..." - Ayda Jebat

ajsentuh1.jpg
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 26, mahu mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan secara berlebihan dalam drama bersiri atau telefilem.

"Jika boleh, saya nak elakkan bersentuhan secara melampau atau berlebih-lebihan kerana penonton zaman sekarang sudah bijak menilai. Jika dapat saya elak, saya elak.

"Sebelum ini, menerusi drama bersiri Dekatkan Jarak Kita, saya dan Syafiq Kyle memang kurang bersentuhan. Menerusi drama terbaru lakonan saya bersama Sharnaaz Ahmad yang sedang hangat ditayangkan juga kami kurang bersentuhan," kata Ayda.

Tambah pemenang trofi Ikon Media Sosial di Anugerah Planet Muzik 2017 ini, dia percaya keserasian boleh dijelmakan dalam pelbagai cara.

"Saya percaya penonton zaman sekarang sudah tahu. Kasih sayang atau keserasian dalam lakonan boleh dijelmakan dalam cara yang berbeza.

"Tak semestinya kena bersentuhan dengan melampau. Mana yang perlu, babak tersebut boleh dilakonkan. Jika tidak, babak tersebut tak perlu diteruskan," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul dengan single terbaru berjudul Temberang tidak lama lagi.

Foto: Instagram Ayda

Must-Watch Video

Advertisement