Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Nak Kahwin, Tapi..." - Zara Zya

zzya1_3.jpg
Membuka tahun 2019, rezeki pelakon dan penyanyi Zara Zya semakin murah dalam bidang hiburan.

Tidak putus menerima tawaran lakonan, Zara juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian serta perniagaan.

Ketika ditanya mengenai apa lagi yang ingin dicapai, Zara mengakui dia teringin untuk mendirikan perkahwinan.

"Sejujurnya, jika ada yang bertanya apa lagi yang saya mahu capai, saya nak mendirikan rumah tangga. Insya-Allah.

"Tetapi saya sendiri tak berani nak cakap lebih-lebih kerana saya berada di pihak perempuan. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah. Mohon doakan yang baik-baik," kata Zara.

Sedang berkawan rapat dengan aktor Hafreez Adam, Zara kini sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Pia.

"Saya bergandingan dengan Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

"Drama bersiri ini mendapat sentuhan pasangan suami isteri Sheila Rusly dan Azman Yahya dan akan disiarkan pada bulan Ramadan nanti, Insya-Allah," katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement