Penyanyi dan bintang program Big Stage, Baby Shima ingin membuktikan dia boleh menyanyikan lagu selain genre dangdut.
Menurut Shima, disebabkan perkara itu, dia telah menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tradisional hasil duet bersama Syafiq Farhain berjudul Manis-Manis Cinta yang telah dilancarkan minggu lalu.
"Alhamdulillah, lagu Manis-Manis Cinta berjaya dilancarkan, walaupun saya sudah mencuba menyanyikan lagu tradisional, namun tidak semestinya saya akan tampil lagi dengan genre sebegitu selepas ini.
"Selain dari meminati karya Allahyarham Pak Ngah, saya juga nak buktikan yang saya boleh keluar dari comfort zone, sebab itulah saya tampil dalam Manis-Manis Cinta, sebelum ini pendengar sudah biasa mendengar saya menyanyikan lagu dangdut dan rancak," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shima kini masih sibuk memenuhi undangan persembahan di Indonesia seperti tahun lalu.
"Jadual persembahan saya di Indonesia untuk tahun ini juga telah penuh sebagaimana tahun lepas, saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga segala urusan dipermudahkan," tuturnya menutup bicara.
Shima ditemui di acara karpet merah Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung di Axiata Arena malam tadi.
Anugerah gilang gemilang itu menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana merangkul trofi Artis Top Top Meletop 2019 dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.