Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein seakan meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya, @ellymazlein_official.
Menerusi sebuah entri terbaru, Elly memuat naik sekeping foto yang tertulis nama anaknya, Sefhia beserta gambar 'crown'.
Tidak menyebut sebarang nama, Elly seakan berkias dalam entri tersebut.

"Allah juga adil kepadamu sayang Sefhia. Megahlah kamu di situ. Satu hari ada yang terhegeh-hegeh mencarimu wahai Anak.
"Ketika itu kita lihat akalnya nak pergi ke mana. Crown mu sangat besar sayang. Senyumlah anak bertuah.
"Yeay kito monang yo. Nah crown untukmu," tulis Elly.
Di entri tersebut, Elly turut meletakkan hashtag #AnakMamaGirl.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mempunyai seorang anak, Puteri Sara Sefhia yang dilahirkan pada 9 Mac 2016.
Berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.
Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.
Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada Isnin lalu (9 April), Faye turut melahirkan bayi lelaki sulung pada tarikh sama.
[BACA: Kongsi Tarikh Anniversary, Faye Kusairi Dapat Baby Boy!]
Faye baru sahaja mengumumkan berita tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya pagi tadi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly