Skip to main content

Budaya Popular

Sambut Hari Lahir Ke-43, Rozita Che Wan Rai Bersama Anak Tahfiz

befunky-collage_240.jpg
Pelakon Rozita Che Wan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 (9 Mac) baru-baru ini.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkongsi beberapa foto menarik sekitar sambutan majlis hari lahirnya bersama anak-anak tahfiz menerusi ruangan Instagram (IG).

"Ya Allah, panjangkan umur kami, sehatkan jasad kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan, kabulkan semua kebutuhan kami dalam urusan agama, dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu. Amin," tulis Che Ta sebagai kapsyen.

Diadakan di Maahad Tahfiz As-Salihin, Che Ta dan suami, Zain Saidin serta anaknya sedondon manis memakai baju bertema hijau.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Che Ta serta mendoakan kesejahteraan buatnya.

Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

*?Untuk maklumat, Madrasah ini tidak mengenakan sebarang yuran yg tetap kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang susah.. Mudah mudahan dengan sumbangan yang di salurkan ini mampu memberi sinar baru buat anak2 ini menuntut ilmu dan menyebarkan syariat islam ke seluruh dunia..* Mungkin kita tidak mampu untuk jadi Hafiz Al- Quran.. tetapi mudah mudahan dengan berkat kita membantu para hufaz ini kita juga akan mendapat ganjaran yg sama dalam setiap amal kebaikan yag mereka lakukan..dan semoga ianya juga menjadi asbab agar kita mendapat keredhan Allah s.w.t...Amiin ? *Hanya Rm 20 bagi 1 lot Waqaf* *9,870 LOT WAQAF MASIH BERBAKI* Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut: *555 014 210 761* (maybank) Atas Nama *MAAHAD TAHFIZ AS-SALIHIN* Atau boleh berhubung terus dengan *Mudir Madrasah* 0102207865 Ustz Hj Mohd Salleh

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement