Skip to main content

Budaya Popular

Sambut Hari Lahir Ke-38, Elly Mazlein Terima Sebentuk Cincin Dari Kekasih

elybefunky-collage.jpg
Bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Elly Mazlein menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 (17 Disember) semalam.

Menerusi entri di Instagram, Elly berkongsi menerima sebentuk cincin daripada kekasihnya serta menganggap itu adalah sambutan hari lahir yang terbaik pernah disambut.

"Tq baby," tulis Elly secara ringkas.

Kaspyen tersebut diletakkan bersama hashtag #MyBestBirthdayEver #PapaSefhiaMama #AkuTenggelamDalamLautanKasihSayangMu #TakMungkinAkanKuLepaskanIkatanIni

Peminat juga mengambil peluang untuk sama-sama memberikan ucapan hari lahir kepada Elly di ruangan komen.

Selain itu, ruangan komen Instagram Elly juga turut dihujani dengan komen peminat yang mendoakan kebahagiaan Elly kekal hingga ke akhir hayat.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement