Skip to main content

Budaya Popular

“Rasa Tenang, Gembira Lihat Mereka Tersenyum” – Hael Husaini Selami Perasaan Pesakit Kanser

hael-kanser.jpg
Penyanyi Hael Husaini akui bersyukur kerana dapat menggembirakan hati pesakit kanser.
 
Jelas Hael, dia sudah lama mempunyai perancangan untuk melawat pesakit kanser dan gembira kerana hasratnya terlaksana.
 
“Saya dah lama ingin melawat pesakit kanser cuma belum ada kesempatan sebelum ini. Sejujurnya saya berasa sangat gembira dapat bertemu mereka.
 
“Saya pilih pesakit kanser kerana saya mahu menyelami dan menceriakan hari mereka.
 
“Apabila berjumpa, saya rasa tenang.Tak dapat digambarkan dengan perasaan betapa gembiranya saya kerana dapat memberikan semangat kepada mereka.
 
“Apabila mereka meminta saya menyanyi dan mereka tersenyum, saya rasa berbaloinya menjadi seorang anak seni yang dapat memberikan sumbangan.
 
“Walaupun tidak banyak tapi yang paling penting bagi saya adalah dapat menggembirakan pesakit disaat mereka sedang bertarung untuk kembali sihat,” ujarnya.
 
Hael ditemui pada program CSR bersama Rocketfuel dan Hael Husaini yang berlangsung di Institut Kanser Negara, Putrajaya, baru-baru ini.
 
Terdahulu, Hael sebelum ini pernah tampil dengan muzik video single terbaharu berjudul ‘Hari Ini’ yang mengisahkan tentang perjuangan seorang isteri menghidap kanser.
 
Sehingga kini, muzik video yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu di laman YouTube itu juga sudah mendapat lebih 2.5 juta tontonan.

Must-Watch Video

Advertisement