Skip to main content

Budaya Popular

“Peraturan Baru, Satu Mainan Satu Surah” – Cara Shuib Didik Anak Dapat Pujian Netizen... Alhamdulillah!

shuib-uwais.jpg
Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu mendapat pujian selepas peminat melihat caranya mendidik anak untuk menghafaz ayat suci Al-Quran.
 
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG), Shuib telah memuat naik video pendek anak sulungnya, Uwais Alqarni membaca surah Al-Kafirun sebelum dibenarkan memilih permainan yang diingini.
 
“Peraturan baru, satu mainan satu surah, #uwaisalqarni #persuibofhappyness #shuibchannel,” tulis kapsyen ringkas Shuib.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peraturan baru,Satu mainan satu surah ?, #uwaisalqarni #persuibofhappyness #shuibchannel

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Sehingga kini video itu mendapat lebih 200,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.
 
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji tindakan dan cara Shuib mendidik anak-anaknya.
 
Mereka juga berpendapat itu merupakan salah satu cara untuk  membentuk anak-anak yang baik dan mendengar kata di masa hadapan.
 
Foto: Instagram @shuibsepahtu
 

Must-Watch Video

Advertisement