Skip to main content

Budaya Popular

"Pagi Tadi Abby Luahkan Hasrat Nak 'Anak' & Tak Sampai Tengah Hari, Allah Makbulkan" - Abby Abadi Ambil Anak Angkat

yebbyyabadi.jpg
Bekas aktres drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki.

Berita gembira tersebut disampaikan menerusi perkongsian Abby di laman Instagram miliknya.
 

Beberapa jam sebelum itu, Abby meluahkan hasratnya di laman Instagram untuk mengambil seorang anak angkat.
 

Bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza turut berkongsi kegembiraan di laman Instagram masing-masing.

Norman dan Memey turut mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki tersebut dalam keluarga besar mereka.
 

 
 

Tahniah abah & mama ❤️ yea bertambah besar family kami? . . Repost from @normanhakim_786 @TopRankRepost #TopRankRepost 'Baby baru' abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n 'family member' baru kitaorang semua!❤? . . Rezeki Allah..baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak 'anak' & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia.Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras 'adik beradik' dia yang lain . . Welcome onboard anak...awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak2 tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb❤

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Teks: Kamaruddin Razal

Must-Watch Video

Advertisement