Skip to main content

Budaya Popular

"Orang Ketiga Bukan Punca Perpisahan" - Intan Najuwa Putus Cinta

befunky-collage_353.jpg
Pelakon Intan Najuwa mendedahkan dirinya sudah setahun menyandang status solo selepas hubungan bersama kekasih hati terputus di tengah jalan.

Menurut Intan, dia menegaskan punca perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga.

"Rasanya tak ramai yang perasan mengenai status hubungan saya sebab saya pun dah lama tak muat naik perkara mengenai dia.

"Sudah hampir setahun juga saya single. Tak mengapalah, saya anggap tiada jodoh sahaja.

"Punca perpisahan kami disebabkan benda lain. Tiada kena mengena dengan orang ketiga. Cuma kami tidak sehaluan," katanya kepada Gempak.

Intan ditemui ketika majlis sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, semalam.

Tambah pelakon drama Hantu Punya Bos ini, berkata dia tidak menolak jika terdapat mana-mana individu yang ingin mengenalinya.

"Saya tidak tutup pintu hati saya. Kalau ada yang mendekati, saya okay sahaja.

"Saya rasa selepas ini saya lebih selesa merahsiakan mengenai hubungan cinta saya.

"Tak seperti sebelum ini, saya banyak kongsi dengan peminat.

"Namun begitu, saya rasa mungkin ini masa yang terbaik untuk saya fokus dalam bidang lakonan," katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement