Skip to main content

Budaya Popular

Norman Hakim Buat 'Surprise' Di 'Wedding Anniversary' Abby Abadi dan Suami

normanhakimsupriseabby.jpg
Pelakon Norman Hakim telah membuat satu kejutan apabila hadir dengan sebiji kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan bekas isterinya, Abby Abadi dan suami di kediaman mereka baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Abby Abadi telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan Norman yang hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kedua mereka.

Abby menerusi entri tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu dan akui berasa malu saat diraikan.

Tambah Abby lagi dia akui Norman dan Memey memang dicipta untuk bersama dan sebelum ini dia hanya meminjam Norman untuk seketika sahaja.

Berikut merupakan kapsyen berkenaan:

"Terima Kasih 'CINTA' 
Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini... 

Sy malu dan tak suka diraikan 
Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza 
Jangan buat lagi 
Apapun 'Tengkiuuuuu' hehe 

Oman & Memey 
Memang diciptakan utk bersama 
Sy pinjam dulu 
Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa 

Suamiku @jaiezzany muahciked 
Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii "

Berikut merupakan video sepanjang sambutan tersebut:
 

Must-Watch Video

Advertisement