Skip to main content

Budaya Popular

“Nak Keluaq Rumah Pun Pikiaq 65 Kali” - Syatilla Melvin

syatilla.jpg
Pelakon Syatilla Melvin akui kandungan yang semakin sarat membuatkan dirinya malas keluar.
 
Menurut Syatilla, dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah memandangkan tarikh jangkaan bersalin semakin dekat.
 
"Nampak muka memang macam fresh ja sentiasa kan, tapi hakikanya dah hujung-hujung pregnancy ni nak buat apa pun tak larat dah.
 
"Nak keluaq rumah pun pikiaq 65 kali, nak makeup pun rasa rugi sangat masa (baik baring lagi bagus).
 
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku. Amin," tulisnya.
 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berkongsi rasa teruja selain mendoakan agar dipermudahkan urusan bersalin.
 
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
 
Untuk perkembangan terkini, Syatilla kini sarat hamil anak kedua.
 
Foto: Instagram @samtilla
 

Must-Watch Video

Advertisement