Pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi, Nabil Ahmad menjelaskan usahanya tampil dengan single terbaharu berjudul Pening bukannya untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada.
Sebaliknya kata Nabil dia mahu menyampaikan idea menerusi medium lagu, sama seperti pelawak terdahulu antaranya Salih Yaakob dan Senario.
“Saya mengambil pendekatan sama seperti pelawak dahulu yang masing-masing punyai lagu sendiri untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pendengar.
“Lagu Pening yang dihasilkan DJ Fuzz dan Waris lebih mengisahkan masalah harian dalam kehidupan hingga adakalanya buat kita pening,” katanya kepada Gempak.
Tambah Nabil keseronokan bekerja dan pengalaman merakamkan lagu secara profesional antara yang sukar dilupakan.
“Ini kali pertama saya rekod lagu secara profesional.
“Walaupun ramai yang kecam, saya rasa kelakarlah. Saya pun baru, saya bukan nak jual lagu tetapi nak jual idea dalam lagu versi hip hop.
“Seperti kata Waris, dalam lirik hip hop pun ada punchline, sama seperti proses mencari idea lawak,” tambahnya.