Skip to main content

Budaya Popular

“Nak Cuba Tulis... Macam Masuk Habuk Pula Mata Ni”- Comelnya Coretan Alif Satar Buat Isteri

alif-satar-birthday-isteri.jpg
Penyanyi dan hos program realiti Big Stage 2019, Alif Satar mendedikasikan ucapan sempena hari lahir isteri tersayang.
 
Alif meluahkan isi hatinya dengan coretan manis menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
 
“Babe saya tak pandai nak menulis kapsyen yang manis ini darling sebab rasanya bila tiba masa untuk menulis kapsyen pada gambar pun saya selalu tanya awak.
 
“Dan sekarang pun nak cuba tulis pun tiba-tiba macam masuk habuk pula mata ni... Dan akhirnya saya padamkan kembali apa yang ditulis.
 
“Tapi tak mengapa, Allah tahu segala isi hati saya dan saya berdoa sempena hari istimewa awak, DIA makbulkan segala doa saya untuk kebahagiaan awak.
 
“Happy birthday my love... My life,” coretnya yanh turut disertakan dengan emoji berbentuk hati.
 
Terdahulu, Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
 
Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
 
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

Must-Watch Video

Advertisement