Skip to main content

Budaya Popular

“Malas Bersiap, Tak Tahu Nak Pakai Apa Sememeh Je”- Isteri Hafizul Kamal Rasai Perbezaan Hamil Anak Kedua

mieja-ibrahim.jpg
Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim akui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza.
 
Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja berkongsi pengalaman menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
 
Menurut Mieja, kehamilan kali ini membuatkan dia malas bersolek.
 
“Kehamilan kali ni buatkan I rasa malas sangat nak bersiap. Like MALAS GILA. Tak tahu nak pakai baju apa. Same goes to tudung apa. Adalah tiga empat kali rajin nak bersiap tapi selalunya memang sememeh je.
 
“Suami siap tanya lagi, ‘Baby, awak kata nak ambil gambar banyak-banyak pregnancy kali ni, mananya?’
 
“Macam mana nak ambil gambar kalau sememeh je, kita kan tunjuk benda yang cantik dan indah je dekat sosial media, yang buruk tu simpan sendiri hahahaha.
 
“By the way saya sekarang dah hamil 21 minggu. Dah boleh rasa bayi menendang dalam perut (surprisingly lebih kuat berbanding dengan Raisya dulu dan saya terkejut macam tak pernah rasa baby menendang pula sebelum ini).
 
“Jangkaan bersalin adalah pada bulan Disember dan harapnya semua urusan dipermudahkan. Kena kurangkan tekanan dan stress hahahaha,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pregnancy kali ni buatkan i rasa malas sangat nak bersiap. Like MALAS GILA. Tak tau nak pakai baju apa. Same goes to tudung apa. Ada la 3-4 kali rajin nak bersiap tapi most of the time memang sememeh je. . Husband siap tanya lagi “Baby, awak kata nk ambik gambar banyak banyak pregnancy kali ni, mananya?” Cemana nk ambik gambar kalau sememeh je ? kita kan tunjuk benda yg cantik & indah je kat social media ? yang buruk tu simpan sendiri hahahaha . Btw I’m now 21 weeks pregnant. Can feel someone’s kicking inside (surprisingly lebih kuat compared to Raisya dulu & i terkejut mcm tak pernah rasa baby’s kicking pulak sebelum ni ?). Due is on December & hopefully semua urusan dipermudahkan. Kena less pressure & stress so meh la beli Cuckoo dengan i hahahaha

A post shared by NURUL FARIZA (MiejaCuckoo) (@mieja_ibrahim) on

 
Terdahulu, Mieja mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
 
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
 

Advertisement

Must-Watch Video