Pelakon Mawar Rashid mengakui tidak sabar untuk menantikan kehadiran anak sulungnya bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaacob atau lebih dikenali Raf.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawar berkongsi gambar terkininya yang sedang menunggu hari untuk bersalin.
Mawar turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua orang yang mengenalinya serta memohon doa dipermudahkan urusannya.
"Counting days..Maaf jika ada salah silap dengan you all..
"Doakan semua dipermudahkan ya," tulis Mawar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan.
Malah, tidak lupa untuk mendoakan proses bersalinnya akan dipermudahkan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri bernikah dengan Raf pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan, Mawar sedang sarat hamil sembilan bulan.