Skip to main content

Budaya Popular

Kenapa Unlike Video Saya? - Datuk Aliff Syukri

sajatsyukri_1.jpg
Ahli perniagaan yang kini berjinak dalam dunia nyanyian, Datuk Aliff Syukri pelik apabila video lirik lagu nyanyian menerima dislike yang banyak.

Video lirik lagu berjudul Abang Nak Tegur itu dimuat naik ke laman YouTube pada 23 November lalu.

Ketika artikel ini ditulis, ia telah menerima hampir 700,000 tontonan.

Namun, jumlah like dan dislike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah dislike ketika ini mencecah 63,000, manakala jumlah like hanya 8,000 sahaja.

Dalam kemas kini status di akaun Instagramnya, Aliff menyatakan rasa terkilan dengan situasi itu.

Pengasas jenama D'Herbs yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris itu mempersoalkan mengapa video itu menerima dislike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.

Video lagu terbitan KRU Muzik itu yang turut menampilkan Nur Sajat, ketika ini berada di tangga keempat paling trending di YouTube Malaysia.

Sumber: Astro Awani

 
 

abg nak tegur?? kenapa org tekan button unlike kat youtube lirik vedio saya?????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Must-Watch Video

Advertisement