Skip to main content

Budaya Popular

“Kan Lebih Ayu, Janganlah Seksi- Seksi”- Zizi Kirana Dipuji Manis Bertudung

zizi-kirana-tudung.jpg
Penyanyi Zizi Kirana menerima pelbagai komen positif apabila memuat naik foto dirinya memakai hijab.
 
Zizi yang sememangnya terkenal dengan imej berpakaian seksi itu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.
 
Foto tersebut diambil ketika majlis pernikahan adiknya.
 

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa gembira melihat Zizi mengenakan hijab dan berpakaian sopan.
 
Mereka juga memuji Zizi kelihatan semakin muda  dengan penampilan itu.
 
Mereka juga berharap Zizi tidak lagi terlalu seksi dan mendoakan penyanyi itu terbuka hati untuk memakai hijab satu hati nanti.

Foto: Instagram @zizi_kirana

Must-Watch Video

Advertisement