Skip to main content

Budaya Popular

"Kalau Tolak Akan Menyusahkan Produksi, Jadi Saya Kena Teruskan" - Syatilla Melvin

syatillabefunky-collage.jpg
Pelakon Syatilla Melvin bakal muncul dalam sebuah drama terbaru yang bertajuk Selafaz Cinta tidak lama lagi.

Menurut Syatilla, pada mulanya, dia tidak mengetahui tentang kehamilannya dan terus menerima tawaran berlakon drama itu begitu sahaja.

Namun, setelah mengetahui tentang kehamilan itu, dia tetap meneruskan persetujuannya itu kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi.

"Pada mulanya, saya memang tak tahu saya mengandung ketika menerima tawaran berlakon drama ini.

"Tetapi setelah mengetahui tentang kehamilan ini, saya kuatkan semangat dan tetap meneruskan apa yang telah dipersetujui kerana bimbang akan menyusahkan pihak produksi sekiranya saya menolak atau membatalkan tawaran yang telah diterima," katanya.

Syatilla berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Selafaz Cinta di Petaling Jaya pada petang semalam.

Selain Syatilla, drama ini turut menampilkan lakonan dari pelakon popular seperti Saharul Ridzwan, Sharifah Sakinah, Riz Amin dan ramai lagi.

Ia akan mula disiarkan pada 27 November setiap Isnin hingga Jumaat  jam 6 petang di saluran Astro Prima dan Maya HD.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement