Skip to main content

Budaya Popular

"Kahwin? Tunggu Lepas Adik Habis Sekolah" - Ayda Jebat

aj.jpg
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak memikirkan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Selesa dengan status solo, Ayda mendahulukan kepentingan tiga orang adiknya dalam segala hal.

"Saya mahu fokus terhadap bidang seni yang saya ceburi. Masih banyak yang belum saya capai dan saya juga mahu menggembirakan peminat yang selama ini tak henti menyokong.

"Saya mendahulukan tiga orang adik saya dalam semua perkara. Walaupun dua adik perempuan saya sudah bekerja, saya masih lagi memberi wang belanja kepada mereka.

"Saya berikan wang tersebut atas rasa tanggungjawab dan menganggap mereka masih berada di bawah tanggungan saya. 
"Saya sudah terbiasa membantu keluarga kerana semenjak saya berusia 12 tahun, ibu bapa saya berpisah dan saya menolong mana yang patut kerana tak mahu melihat adik-adik saya susah.

"Soal kahwin, saya memang tak terfikir langsung buat masa ini. Buat masa ini, adik bongsu saya masih belajar di sekolah menengah, mungkin saya lepaskan keperluan dia dahulu selepas tamat sekolah, baru saya fikir soal kahwin," kata Ayda ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 di KLCC baru-baru ini.

Menerusi acara tersebut, Ayda meneruskan kontraknya sebagai Ikon Ariani RTW untuk tahun ketiga.

"Alhamdulillah, saya selesa bekerjasama dengan mereka dan gembira kerana masih diberi peluang untuk bergelar Ikon Ariani RTW tahun ini," katanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ayda & Ariani

 
 

❤️ @ArianiRTW Glam Lebaran 2018❤️ . Belanje baju raya gojes meghelip lagi si admin niii, pepagi dah bakor line memang saje je nak buat hati awak tu setia kat Ariani! ? Kalau yg Ariani Lovers tegar tu memang dah every year berkampung kat butik kite nak grab baju gojes punye pasal, yg belum pernah pakai baju raya Ariani ni pun dah tergoda dengan hasutan mimin kehkehkeh! ?? Tapi sabar okay, kami akan release first batch of Glam Lebaran Collection tak lama je lagi! ? . Kenapa baju raya Ariani ni every year boleh licin dalam sekelip mata je? Kenapa??! Sebab team kami bukan focus pada design cantik je, most importantly practical!! Fabric yg high quality, super duper soft, rasa sejuk je bila pakai ? so that awak rasa selesa dah gegojes kena masuk dapur nak panaskan rendang untuk tetamu pun maintain cantik meletops!! Dah bagi keselesaan berganda ni jangan tak masuk dapur pulekk! ? This year kami buat size dari XS sampai 5XL tapi price maintain sama even awak beli plus size! . Baju for baby & kids pun hado, eh ingat geng mami je ke nak gojes, si kecik tu pun kena pakai Ariani nanti dia lah yg kena buat kerja paling berat time raya, buat muka comey tadah tangan collect duit raya!! ? . Tag kawan office awak ramai2 hasut diorang sekali bior semua tak tidur lena malam ni hahaha ? Dah berapa pasang baju awak dah cop dari video ni? 4? 5? ?? . Walk in boutique : ? Ariani RTW Jakel Mall Kuala Lumpur ? Ariani RTW Ostia Bangi (sebelah Tol Bangi) ? Ariani RTW Wisma Jakel S.Alam, Selangor ? Ariani RTW Jakel Senawang, Negeri Sembilan ? Ariani RTW Wangsa Maju (coming soon!) ? Ariani RTW Bandar Tun Hussein On (coming soon!) . Online purchase via WWW.ARIANIONLINE.COM We ship worldwide! ?

A post shared by ARIANI READY-TO-WEAR (@arianirtw) on

Must-Watch Video

Advertisement