Skip to main content

Budaya Popular

Indah Ruhaila Sibuk Promosi Lagu Sepanjang Ramadan

indah_mand.jpg
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Indah Ruhaila sibuk mempromosikan lagu terbarunya, Pudar sepanjang bulan Ramadan.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan ini menjadi lagu tema untuk drama bersiri Nur 2 lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

"Ramadan kali ini saya sibuk dengan lagu Pudar. Boleh dikatakan setiap minggu, ada sahaja rangka promosi ke stesen televisyen serta radio. 

"Biarpun sesi promosi berjalan dengan rancak di bulan puasa, saya memberikan komitmen 100 peratus. Dalam satu minggu tu, dapatlah berehat sehari.

"Alhamdulillah, saya sempat solat tarawih di masjid pada malam pertama sehingga malam keempat Ramadan. Selepas itu, saya sibuk dengan kerja tetapi saya akan cuba juga untuk ambil masa solat tarawih di rumah," kata Indah.

Indah ditemui di majlis iftar bersama penyanyi-penyanyi lagu tema drama bersiri Nur di Meet & Dine, Sungai Long, Cheras baru-baru ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I LOVE OUR BACKDROP FROM @arttouchcreative ♥️ . #LIVEUPDATE IFTAR BERSAMA @indahruhaila / @amyleaazizan / @marshamilan / @idayuofficial 21st of MAY 2019 Venue: Meet & Dine Restaurant @meetanddine Sambal Padeh & Crips Padeh : @cuisine_ekimurra Backdrop & stand : @arttouchcreative & @hai_dinn_bunga Kek Batik : @sitisukarsihsamri Semperit : @jojohomemadecookies Kuih Klasik Original Kedah by Amylea IG: @crackbitee @amyleaazizan IMIA lipmatte IG: imia_hq @bellanurnabila_91 Famous Jerux Liur Leleh IG: @liurlelehhousehq Cookies: @sweettoothbuddy Chocolate: @doorgift_by_nurul Popcorn: @popandgo.gourmet Photography: @nazreen.amran @mhaakim_ Liveupdate: @_thex2 . . .

A post shared by #????? (@indahruhaila) on


Selain Indah, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Marsha Milan, Amylea Azizan dan Idayu.

Dalam perkembangan lain, Indah gembira kerana Pudar memberikan impak yang baik setelah sekian lama tidak muncul dengan single baru.
 

"Semua orang mengingati saya dengan lagu Percayalah. Selepas itu, percubaan saya kurang mendapat perhatian.

"Ada juga single yang menjadi sebutan seperti Semua Untuk Cinta tetapi impaknya tidak sama seperti Percayalah. Alhamdulillah, lagu Pudar seakan memberikan semangat baru untuk saya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Orang paling kuat Iftar OST NUR semalam ialah @petchmono .. dia ni ibarat macam superwoman saya yang selalu ada di sisi tatkala senang and especially time susah, memang dia ada ?Dia lah punca utama yang menjaya semua ni,Kalau dia tak gerakkan kami semua, tak ada lah Iftar semalam. Thank you mother for everything. I truly appreciate your kindness, efforts, and of course your presence in my life ?? ♥️. . Last but not least, semua sahabat-sahabat lain yg turun membantu @azamulashraff @nazreen.amran @mhaakim_ @ayunie_a @lixaramli @ajfitworld @rezamohamed @feeyaiskandar @lalanzanudin @dhiyaaizat @inicuyaa Thank you from the bottom of my heart! I love you guys!♥️?? . #indahruhaila #pudar #iftarbersamapenyanyiostnur

A post shared by #????? (@indahruhaila) on


"Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Amylea kerana dia merupakan seorang penyanyi dan komposer yang sangat berbakat.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya bakal bekerjasama lagi dengan Amylea untuk single yang seterusnya," katanya lagi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video