Skip to main content

Budaya Popular

“Handsome Macam Mat Salleh, Bulu Mata Cantik” – Adik Lelaki Sarah Suhairi Jadi Perhatian

adik-sarah-suhairi-handsome.jpg
Adik lelaki Sarah Suhairi menjadi tumpuan peminat selepas penyanyi itu memuat naik sepotong video pendek di akaun Instagram (IG)nya.
 
Video tersebut merakamkan wajah adiknya sedang mengunyah sebelum meneguk air di dalam cawan di hadapan Sarah.
 
“Handsome betul adik aku ni. Ya Allah cepat la besar,” tulis Sarah ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Handsome betul adik aku ni Ya Allah cepat la besar

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

 
Walaupun masih kecil namun wajah adik Sarah itu telah mencuri tumpuan pengikut IGnya.
 
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya terpukau dengan kekacakannya dan melabelkan wajah adik Sarah itu kelihatan seperti Mat Salleh.
 
Selain itu, bulu mata adik Sarah yang panjang dan cantik itu juga turut menjadi bualan pengikutnya.
 
“Handsomenya bulu mata tu haih cannot laaaa,” komen @suhailirosli
 
“Handsome teruk macam budak mat saleh,” tulis @suhanasuha65
 
Dalam perkembangan terbaru, Sarah Suhairi tercalon dalam Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) bagi kategori Grup/Duo MeleTOP bersama Arif Bahran
 
BACA: Alif Satar Nabil & Jihan Hos AME2020, Mira Filzah & Nana Dominasi 4 Kategori
 

Advertisement

Must-Watch Video