Skip to main content

Budaya Popular

Gara-Gara Jin BTS, Nama Brad Pitt Jadi Trending

bradjin.jpg
"Kamu teringin berkolaborasi bersama siapa?"

"Brad Pitt."
 
Itu adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh ahli kumpulan BTS,  Seok Jin ketika muncul dalam satu temu bual bersama kumpulannya di sebuah rancangan di Korea, lapor Astro Awani.

Sudah pasti, nama pelakon terkenal Hollywood itu terus menjadi sebutan peminat-peminat BTS di laman sosial.

Peminat-peminat BTS terutamanya peminat Jin sangat teruja sehingga menjangkakan Jin bakal memenangi Anugerah Oscar.



Ini antara reaksi peminat-peminat Jin:
 
Selain Brad Pitt, antara nama yang disebut untuk mereka bekerjasama ialah Ariana Grande, Post Malone dan juga JoJo.

Untuk rekod, BTS pernah berkolaborasi bersama beberapa penyanyi popular Amerika seperti Nicky Minaj, Halsey, Lauv dan terbaharu membuat persembahan bersama Lil Nas X di Anugerah Grammy pada Isnin.

Adakah kolaborasi ini bakal menjadi kenyataan? Buat peminat BTS, sama-sama kita nantikan.

Sumber & Foto: Astro Awani

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video