Skip to main content

Budaya Popular

Foto-Foto Pernikahan Sharifah Aleysha & Ali, Sweet Habis!

ali-aleysha-kahwin.jpg
Dengan sekali lafaz, adik kepada pelakon Sharifah Amani, Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid, 24, telah bergelar isteri kepada pasangannya, Ali Al Asri Adenan semalam.
 
Aleysha dan Ali diijabkabulkan di Masjid Al Mukarammah, Bandar Sri Damansara, dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
 
Sebaik sahaja selesai akad nikah, foto-foto pernikahan pasangan itu mula dikongsi oleh keluarganya menerusi Instagram semalam.
 
BACA: Muka Suami Aleysha Macam Farid Kamil Lah – Peminat Ucap Tahniah Adik Sharifah Amani Dah Kahwin

Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aryana yang juga merupakan anak-anak kepada bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar itu berkongsi beberapa foto menarik usai majlis pernikahan Sharifah Aleysha.
 
Foto-foto itu dikongsi oleh meneraka menerusi akaun Instagram masing-masing beserta hashtag #AliSha dan #awangputihclan.
 
Rata-rata fotonya yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh peminat yang menyukai majlis ringkas pernikahan tersebut.
 
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Aleysha dan Ali. (#AliSha).
 
 

Marriage. #AliSha

A post shared by Leysha Al-yahya (@leyshasenyum) on

 

Our faces say it all. I was FaceTiming with Ani the whole time, guys! I wasn't being antisocial ? #AliSha

A post shared by Sharifah Aryana (@yana.alyahya) on

 

No matter how far all of us are, we are always close in each other's hearts ☺️ #AliSha

A post shared by Sharifah Aryana (@yana.alyahya) on


Teks oleh: Mya Amri

 

Must-Watch Video

Advertisement