Skip to main content

Budaya Popular

Ejek Gemuk Macam Ahli Sumo, Gadis Ini Mati Dibakar Rakan Sekerja...Seram!

sumo.jpg
Gurauan bertukar tragedi. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila bertindak membunuh rakannya gara-gara terlalu kerap mengutuknya gemuk.
 
Menerusi laporan AsiaOne, lelaki warganegara Indonesia itu dikenali sebagai Ali Heri Sanjaya, 27 dan individu yang sering mengejeknya ialah rakan sekerjanya, Rosidah, 18 tahun.
 
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 24 Januari lalu apabila Sanjaya terasa hati dengan kata-kata Rosidah yang memanggilnya gemuk di hadapan orang ramai.
 
Mangsa (Rosidah) dikatakan telah membandingkan Sanjaya dengan ahli gusti sumo dan pelakon Taiwan Boboho.
 
Susulan itu, Sanjaya dilaporkan telah mencekik mangsa hingga mati sebelum membakar Rosidah di sebuah ladang kelapa.
 
Sementara itu menerusi laporan pihak berkuasa di sana, mayat mangsa hanya ditemui sehari selepas kejadian dengan bantuan orang kampung.
 
Penemuan mayat itu kemudian membawa kepada penahanan Sanjaya pada 28 Januari lalu di sebuah hotel.
 
Sumber AsiaOne
 

Must-Watch Video

Advertisement