Pelakon Azhan Rani mendedahkan dia telah menerima kiriman mesej dari sindiket penipuan, Macau Scam.
Menurut Azhan dia tidak membuat sebarang tempahan bilik di aplikasi tempahan hotel seperti mesej yang diterimanya.
Malah, jelas Azhan akaun bank yang dinyatakan oleh 'scammer' tersebut tidak pernah dimilikinya.
"Haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja.. Ni aku baru dapat message tadi.
"Diaorang akan bagi satu message statement macam ni. Aku takde pun akaun Affin Bank dan aku takde buat mana-mana tempahan kat trivago pun.
"Trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu kau akan call number yang warna biru tu..
"Bila kau call diaorang akan buat macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau.. Maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau," tulisnya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, Azhan akui pernah terpedaya dengan penipuan tersebut yang mengakibatkan dirinya kehilangan sejumlah wang.
"Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card CIMB yang aku tak pernah ada.
"Tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. Buat report berjam-jam sampai dua balai polis aku kena pergi.
"Last report sampai 6 helai sudahnya setakat legakan hati aku je. Duit kau takkan dapat balik tapi itulah pelajaran dia.
"Tahun depan ni aku dah azam bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. Sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!" kongsinya lagi.