Sekilas
- Erwin Dawson berkongsi bahawa memasak bukan kewajipan isteri, tetapi usaha itu membawa nilai emosi yang besar dalam rumah tangga.
- Walaupun hidangan yang disediakan ringkas seperti nasi, telur dan kicap, ia tetap istimewa dan memberi rasa kasih sayang yang mendalam.
- Erwin mengakui layanan kecil seperti memasak mampu membangkitkan semangatnya untuk bekerja lebih keras demi keluarga.
Pelakon, Erwin Dawson berkongsi pandanganya mengenai peranan isteri dalam rumah tangga terutamanya berkaitan tanggungjawab menyediakan makanan buat suami.
Menerusi perkongsian di Threads, Erwin berkata walaupun tugas memasak bukanlah satu kewajipan yang perlu dipikul oleh seorang isteri, namun usaha tersebut membawa nilai emosi yang sangat besar dalam sesebuah hubungan.
“Tak wajib isteri masakkan suami. Tetapi saya nak cakap bila isteri masakkan, foooh. Nothing beats homecook meals done by wifeys or moms,” coretnya.
Menghargai usaha isterinya memasak, Erwin berkata walaupun hidangan yang disediakan ringkas seperti nasi, telur dan kicap, namun baginya ia tetap istimewa seolah-olah setanding dengan hidangan mewah.
Disebabkan itu juga, Erwin mengakui bahawa layanan kecil seperti itu mampu membangkitkan semangatnya untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan keluarga.
“Nasi telur kicap pun boleh jadi macam grade A wagyu. i feel so loved when i come home to a homecooked meal.
“Makin semangat nak usaha untuk bagi isteri segalanya. Makin dalam perasaan sayang tu. No wonder mak kite buat walaupun tak diwajibkan,” tulisnya.

Untuk info, Erwin mendirikan rumah tangga bersama Lee Suxiu Solleha Bazilah dalam satu majlis akad nikah di Singapura pada 17 Januari 2024.
Sumber: Threads @erwin_dawson