Skip to main content

Budaya Popular

"Bukan Bibir Inject Tau" - Netizen Samakan Wajah Jelita Anzalna Nasir Dengan Heroin Naagin

anzel_p.jpg
Seri ibu hamil semakin memancar di wajah pelakon jelita yang membintangi drama bersiri Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir.

Sedang sarat mengandung anak pertama, netizen sering memuji kecantikan Anzalna di laman Instagram.

Menerusi laman sosial Instagram milik Anzalna, salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik olehnya mencuri perhatian peminat.
 

"My long lost sister @iamhearte sending her `HEART’ all the way from the Phillippines. Love this handbag!

"Makeup done by @schanooladiva bukan bibir inject tau! Dia tonyoh lipstick extra macam tonyoh cili kat bibir sampai bengkak! Hahahahahahhahhaha," tulis Anzalna.



Di ruangan komen, wajah Anzalna disamakan dengan bintang filem India popular, Mouni Roy yang membintangi siri Naagin.



Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia hamil empat bulan pada awal Januari lalu.

Foto: Intagram Anzalna / The Ranhuma Daily

Must-Watch Video

Advertisement