Skip to main content

Budaya Popular

“Benda Macam Ni Tak Boleh Buat Main” – Isteri Lagi Sebulan Nak Bersalin, Nabil Harap Dipermudahkan

nabil-zira-hamil.jpg
Isteri pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, Zira Ayub bakal bersalin tidak lama lagi.
 
Berita itu dikongsi oleh pasangan ini menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram mereka hari ini.
 
“One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sangat. Hopefully after baby is out pun smooth macam ni.
 
“Lepas ni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda-benda macam ni tak boleh buat main, boleh jadi hal woooooo.  Siapa lagi bulan 4, ? sikit!!” tulisnya.
 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut mereka mendoakan kesejahteraan Zira dan juga bayi di dalam kandungan selain mendoakan gar urusan bersalin dipermudahkan.
 
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
 
Foto: Instagram @nabilzira
 

Must-Watch Video

Advertisement