Skip to main content

Budaya Popular

Bangkit Lawan Kanser, Elyana Ubati Rindu Peminat Dengan Bikin Konsert

untitled-design-2019-04-18t175951-819.jpg

Bintang Gegar Vaganza musim keempat, Elyana akan muncul dengan sebuah konsert ‘Elyana “Jadi Diriku 19” Live In Concert’.

Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, dia mengilhamkan konsert ini bukan untuk tujuan peribadi semata-mata.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mahu mengumpulkan dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan.

Bagi Elyana, sakit bukan penyebab seseorang untuk putus asa.

“Sebagai pesakit kanser, ia bukan satu alamat untuk kita meratapi nasib tetapi penyakit itu membuatkan kita lebih menghargai kehidupan.

“Saya berharap konsert ini menjadi sebuah pemangkin semangat buat rakan senasib yang sedang menderita kerana penyakit ini”, ujarnya selepas ditemui ketika majlis sidang media.

Konsert ini juga sebagai tanda penghargaan kepada peminat lagu-lagu popular Elyana seperti Niat, Kalis Rindu, Molek, Bukannya Satelit dan banyak lagi.

Konsert ini akan diadakan pada 6 Julai 2019 bertempat di Bentley Music Auditorium, Damansara.

Tiket konsert akan mula dijual bermula 24 April 2019 pada harga RM159 (RM139 untuk pembelian awal terhad kepada 100 orang) di platform Shopee.

Dianjurkan oleh MRS Production, konsert ini mendapat kerjasama Majlis Kanser Nasional, Red Box Karaoke Group dan Shopee. 

Elyana didiagnos menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu dan baru sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi.



Sumber foto: Instagram Red Box dan youthconnect.my

Must-Watch Video

Advertisement