Penyanyi Ayu Damit atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 29, sangat dikenali menerusi lagu Hanya Di Mercu.
Sedar tak sedar, penglibatan Ayu dalam bidang hiburan sudah berusia hampir 11 tahun bermula dengan kejuaraannya dalam program realiti One in A Million 2 (OIAM) pada tahun 2007.
Namun begitu, Ayu hanya dikenali ramai dengan satu single sahaja iaitu Hanya Di Mercu.
"Ya, saya akui yang saya memang dikenali dengan lagu Hanya Di Mercu sahaja. Sejujurnya, di sudut kecil hati, saya rasa bosan dengan lagu tersebut tetapi selepas berfikir secara mendalam, saya buang rasa itu jauh-jauh.
"Lagu itu menjadi pembawa rezeki untuk saya dan masih diminati sehingga kini. Jika ada tawaran nyanyian, penganjur dan pengunjung mahukan lagu tersebut.
"Biarpun nama saya tidak popular, saya bersyukur kerana tawaran untuk mengadakan persembahan tidak pernah putus dan saya akan tetap berbangga menyanyikan lagu tersebut," kata Ayu.
Tambah Ayu, dia juga mengalami situasi 'sukar' untuk dikenali apabila menggunakan nama Ayu Damit.
"Orang masih tidak kenal jika saya menggunakan nama Ayu Damit. Peminat masih lagi mengenali saya menerusi nama Ayu OIAM.
"Mungkin semuanya terjadi kerana saya tidak konsisten berusaha menaikkan nama sewaktu menjuarai OIAM dahulu. Namun begitu, saya tak pernah berputus asa untuk berjuang dalam bidang seni," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal bergabung dengan Liza Hanim dan Nourul Depp untuk menjayakan majlis makan malam amal A Night of Hope anjuran National Diabetes Institute (NADI).
Majlis makan malam amal itu diadakan untuk mengisi tabung perubatan kanak-kanak diabetes jenis satu menerusi penjualan meja dan bakal diadakan pada Sabtu, 21 April bermula jam 8.00 malam di Palace of The Golden Horses.
Terdapat beberapa pembahagian penjualan meja amal yang boleh memuatkan 10 individu iaitu Platinum (RM12,500), Gold (RM10,500), Silver (RM8,500) dan Bronze (RM6,500) dan meja biasa (RM3,000).
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Kunor Ku Pengiran di (011-61179093) atau Melissa (017-2301193).
Teks oleh: Kamaruddin Razal