Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia telah berangkat ke London bersama suaminya, pelakon Raf Yaakob semalam.
Mawar bagaimanapun terpaksa meninggalkan anaknya, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia sembilan bulan atas faktor kesihatan.
"Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael.
"See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi.
"Dia pun baru keluar hospital haritu. Kita tak tau apa penyakit kalau bawak pergi airport dan luar negara tu.
"Jadi buat masa sekarang kitorang elak dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi.
"Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat.
"Gonna miss you sayang.. Duduk baik-baik sama Abai(nenek) ya," tulisnya di Instagram (IG).
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang mempromosikan drama rantaian berjudul TQ Captain.
Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!