Skip to main content

Budaya Popular

Angelina Jolie Cuba Halang Brad Pitt Berhubung Dengan Anak-Anak?

angepittbefunky-collage.jpg
Sejak kebelakangan ini, tular berita mengenai kisah hak penjagaan anak selepas penceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan peguam kepada Angelina, Laura Wasser sedang bersedia untuk menutup kes tersebut dan perkara ini telah mengundang perhatian para peminat mereka di seluruh dunia.

"Angelina akan cuba menghalang Brad dari berhubung dengan anak-anak mereka, Maddox, 16, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, Knox, 10 dan Vivienne, 10.

"Tindakan yang dibuat Angelina itu boleh dianggap merepek dan keterlaluan, mungkin disebabkan keputusannya dipengaruhi oleh perasaan marah terhadap bekas suaminya itu," kata sumber.

Sebelum penceraian, Angelina dan Brad dikenali sebagai ikon pasangan bahagia, lakonan hebat mereka dalam filem Mr. & Mrs. Smith pada tahun 2005 masih segar di ingatan para peminat di seluruh dunia.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com

Must-Watch Video

Advertisement