Penyanyi Aina Abdul menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya kini semakin berlagak.
Jelas Aina, 26, dia sebaliknya lebih banyak berdiam diri terutama apabila berdepan provokasi daripada netizen di media sosial.
"Saya tak suka besarkan hal yang remeh, sebab itu saya lebih suka berdiam diri sebab kalau menjawab untuk mempertahankan diri takut tersalah cakap.
"Sesiapa sahaja bebas untuk menilai tetapi saya pilih untuk tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.
"Semua ada hati budi, saya percaya semua ada baik dan buruk. Jadi, kalau tak kenal satu sama lain kenapa perlu komen yang bukan-bukan?
"Mungkin perlu kenal dahulu saya dengan lebih mendalam barulah ada komunikasi yang baik," katanya kepada Gempak.
Tambah Aina dia masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebagai anak seni dan berdepan dengan dunia media sosial tanpa sempadan yang semakin mencabar.
"Ada juga rasa kadang-kadang macam nak balas kalau ada komen yang merepek.
"Adakalanya tak tahan asyik kena kutuk atas benda yang tak munasabah tetapi saya tak mahu dikawal emosi.
"Disebabkan itulah saya punyai ahli keluarga yang terlebih dahulu menasihati saya dalam banyak hal terutama berkaitan netizen," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aina kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Februari nanti.
Selain itu, Aina akan melancarkan single terbaharunya berjudul Semalam pada Mac 2020 nanti.