Skip to main content

Budaya Popular

Aina Abdul Gagal Tahan Sebak Terkenang Perjalanan Sukar Dalam Bidang Seni

aina_surb.jpg
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Aina Abdul gagal menahan rasa sebak ketika menyanyikan lagu 'cover' yang dikongsi di laman Instagram dan YouTube miliknya sebentar tadi.

Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Sumpah ini menyampaikan lagu cover berjudul Survivor nyanyian Destiny's Child dan menangis di akhir lagu pada minit ke 3:05.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SURVIVOR @destinyschild If it takes years for the world, for my people, for everyone to notice me, my voice, my story, my songs, then yup I'll stay and fight till the end. Cause I am a survivor and will always be. Alhamdulillah ? full video on my YouTube page Aina Abdul. Check my full vid. Emotional sikit kat hujung vid, cried as I'm tyring to finish this song. And lil message for my survivors out there. You're not alone. We're gonna get through this. ❤️ . . #malaysiancover #coversong #coverlagu #singersofinstagram #singersongwriter #singerslive #singers #topmusicians #wowmusicians #vocals #vocaluniversity #indocover #instacover #acousticcovers #survivor #destinyschild #2019 #merdeka #31august #post

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on


"Jika ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dunia, untuk orang kita, untuk semua orang perasan akan kehadiran saya, suara saya, cerita saya dan lagu saya, saya akan tetap bertahan dan berjuang hingga ke akhirnya.

"Semua kerana saya seorang pejuang dan akan selama-lamanya menjadi pejuang. Alhamdulillah. Emosi sedikit di hujung video, saya menangis sebak dan mencuba untuk menghabiskan lagu ini.

"Ini sedikit pesanan untuk pejuang lain di luar sana, anda bukan berseorangan. Kita akan dapat mengharunginya," tulis Aina di ruangan kapsyen Instagram.

Aina ketika dihubungi oleh Gempak berkata, lirik lagu mempunyai maksud tersendiri kepada dirinya yang sudah menceburkan diri lebih lima tahun dalam industri muzik.

"Melihatkan kepada lirik lagu ini, setiap baris mempunyai makna tersendiri dah saya dapat kaitkan dengan perjalanan hidup saya, lebih-lebih lagi usaha saya dalam bidang muzik.


"Saya bertatih terlalu lama dan semuanya sukar untuk saya ceritakan. Tetapo, saya tidak pernah berputus asa.

"Kini, penggemar muzik mula memberikan respon baik terhadap karya saya. Walaupun secara perlahan-lahan, saya rasakan itu cukup manis, lebih-lebih lagi dengan kehadiran kelab peminat Ainations di samping saya," katanya kepada Gempak.

Sering menghasilkan lagu cover di laman YouTube, bakat Aina mula disedari oleh peminat muzik tempatan dan luar negara, terutamanya Indonesia.

Video lagu cover Purnama Merindu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disampaikan oleh Aina kini meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Must-Watch Video

Advertisement