Skip to main content

Budaya Popular

"2 Hari Lepas Baru Dapat Pengesahan" - PU Riz Tunai Ibadah Haji

puriz_haji.jpg
Pendakwah selebriti dan pelakon, Muhammad Haris Ismail, 24, bersyukur kerana hasratnya untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan.

Turut dikenali sebagai PU Riz, jejaka ini bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah hari ini.

"Alhamdulillah, impian yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan. Pada awalnya, saya sendiri tak pasti adakah saya dapat ke sana tahun ini kerana prosesnya mengambil sedikit masa yang lama.

"Dua hari yang lepas, barulah saya mendapat pengesahan mengenai visa dan saya rasa sangat bersyukur. Persiapan pun saya buat di saat akhir tetapi saya sangat gembira kerana diberikan peluang untuk ke sana," katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah peserta program realiti Pencetus Ummah (PU) ini, dia menyifatkan peluang yang hadir sebagai rezeki yang dinantikan.

"Mula-mula saya rasa macam tak ada rezeki, tetapi wang simpanan untuk ke sana sudah saya kumpulkan. Tiba-tiba saya terima berita baik ini. Saya menyifatkan panggilan untuk menunaikan haji sebagai rezeki yang paling ditunggu-tunggu.

"Sebelum ini saya sudah mengerjakan ibadah Umrah sebanyak lebih enam kali dan sudah pastinya saya rasa bersemangat untuk menunaikan Rukun Islam kelima," katanya lagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement