Jenama fesyen tempatan, Amber secara rasmi melancarkan koleksi Aidilfitri menerusi dua kempen iaitu AMBER EID’S: TIME FOR LOVE dan Amber LUXE.
Pelancaran ini menandakan kesinambungan perjalanan kreatif Amber selepas kejayaan koleksi Raya Romantics tahun lalu yang menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden dalam rekaan Aidilfitri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, koleksi Aidilfitri tahun ini diperkenalkan menerusi pendekatan yang lebih berteraskan emosi dan nilai bermakna, sejajar dengan aspirasi jenama untuk meraikan hubungan, warisan dan kebersamaan sempena Syawal.
“Kempen AMBER EID’S: TIME FOR LOVE adalah simbol kepada kasih sayang, warisan dan kebersamaan. Aidilfitri bukan sekadar tentang penampilan, tetapi tentang detik-detik bermakna bersama insan tersayang. Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memastikan ia bukan sahaja cantik digayakan, tetapi turut membawa nilai sentimental yang boleh dikenang dan diwariskan,” katanya.
Tambah Adzliana, kempen Raya tahun ini turut membawa barisan duta Amber iaitu Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Hael Husaini dan Scha Alyahya ke Istanbul, Turkiye bagi sesi penggambaran kedua kempen tersebut.
“Pemilihan Istanbul kerana ia menepati ciri-ciri dan elemen yang ingin diketengahkan tahun ini, iaitu sebuah kota yang kaya dengan nilai budaya Islamik dan nostalgia. Tambahan pula, kami ada sesuatu yang istimewa untuk penonton setia UTV khas dari Istanbul,” jelasnya.
Bagi koleksi utama Raya 2026, Amber menampilkan enam koleksi wanita dan dua koleksi lelaki yang diinspirasikan daripada keindahan seni bina serta warisan Istanbul.
Bagi Amber LUXE menampilkan 5 rekaan untuk koleksi wanita dan 3 untuk rekaan bagi kaum adam.
Semua koleksi Amber Raya 2026, termasuk Amber Eid’s: Time for Love Collection dan Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection, boleh didapati di laman web rasmi Amber mulai hari ini, dengan beberapa rekaan ditawarkan untuk pra-tempahan.
Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber yang baharu di IOI City Mall, Putrajaya, bermula 9 Februari ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Amber atau mengikuti Instagram @amber.officials.