Skip to main content

Aisha Retno Sebak Lihat ‘Kesuma’ Dipersembahkan Siti Nurhaliza - “Bucket List Awal 2026 Tercapai”

Aisha Retno

Penyanyi, Aisha Retno meluahkan rasa terharu apabila lagu ciptaannya, Kesuma dinyanyikan secara langsung oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Aisha akui cuba menahan emosi ketika menyaksikan persembahan tersebut secara langsung dan menyifatkan detik itu sebagai momen paling bermakna dalam perjalanan seninya.

“Sedang cuba sedaya upaya untuk kekal tenang melihat ‘Kesuma’ dinyanyikan secara live di stadium oleh Queen Siti Nurhaliza. ‘Little Retno’ pasti sangat bangga dengan dirinya hari ini,” tulis Aisha.

Malah pelantun lagu Tak Adil itu juga menganggap momen tersebut sebagai satu pencapaian besar yang  berjaya direalisasikannya.

“Bucket list awal 2026 sudah dicapai. Teruskan beri sokongan untuk ‘Kesuma’. Ia antara lagu paling sukar yang pernah saya tulis pada tahun 2025.

“Namun Siti Nurhaliza menyampaikan lagu ini seolah-olah tiada cabaran langsung, sangat effortless dan sempurna,” tambahnya.

Sekadar info, konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik kira-kira 72,000 peminat dengan penampilan mengagumkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada usia 46 tahun.
 

Suasana konsert semakin meriah dengan aksi unik Siti mempersembahkan lagu 'Purnama Merindu' dari atas sebuah kren serta mengajak peminat berjoget lambak.


Konsert itu turut diserikan dengan penampilan beberapa artis tempatan lain seperti Hafiz Suip dan Noh Salleh selain penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.


Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza antara lain merupakan sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni Siti sepanjang 30 tahun dalam dunia seni.

Must-Watch Video

Advertisement