Istimewa kepada peminat snek di seluruh negara, setiap 11 November adalah hari yang paling dinanti-nantikan iaitu Pocky Day!
Bagi peminat Pocky, mesti perasan kan empat batang angka ‘1’ pada tarikh 11.11 tu sebenarnya menyerupai batang Pocky!
Itulah sebabnya syarikat Jepun, Ezaki Glico, memilih tarikh ini untuk meraikan snek ikonik yang dah jadi kegemaran ramai di seluruh dunia.
Menariknya, walaupun 11.11 sinonim dengan jualan mega, Pocky nak semua orang ingat, hari istimewa ni bukan hanya sekadar shopping, tetapi juga tentang berkongsi kebahagiaan dan mencipta momen manis bersama orang tersayang.
Jadi untuk tahun 2025, kempen Pocky Day 11.11 hadir dengan tema penuh makna, #UnboxKeceriaan.
Pocky nak raikan kegembiraan yang datang daripada perbuatan kecil tapi bermakna seperti berkongsi sekotak Pocky dengan kawan, atau hadiahkannya kepada orang yang kita sayang.
Kerana bagi Pocky, kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita kongsi dengan orang lain.
Cara Menarik Raikan Pocky Day

Nak sambut Pocky Day 11.11 dengan cara yang lebih seronok dan bermakna? Jom kita lihat bagaimana Pocky meraikan Pocky Day 11.11 tahun ini.
Edisi Khas Pocky 11.11 Untuk Peminat Sejati!

Oh! Ini ada berita gembira buat semua penggemar Pocky! Sempena sambutan Pocky Day 11.11 tahun ni, Pocky memperkenalkan dua edisi istimewa yang wajib anda cuba.
#Pocky Rich Chocolate Cocoa Nibs limited edition rasa coklat premium dengan raburan nibs yang ranggup, sesuai untuk mereka yang suka keenakan coklat pekat.
#Pocky Giant Box iaitu kotak mega edisi terhad yang mengandungi 11 jenis Pocky (2 crushed+ 9 biasa) dan 1plushie eksklusif Pocky.
Kotak ni bukan sekadar snek tau tetapi ini adalah ‘kotak kebahagiaan’ yang sesuai dijadikan hadiah untuk dikongsi bersama orang tersayang.
Nak tengok rupa Pocky Giant Box yang memang aesthetic? Boleh jenguk di Instagram rasmi Pocky Malaysia: @pockymalaysia
Pocky Day 11.11 Roadshow!
Kalau nak rasa vibe kemeriahan sebenar, jangan lepaskan peluang anda datang ke Pocky Day 11.11 Roadshow tau.
Banyak aktiviti menarik menanti anda, dari booth interaktif, hadiah eksklusif, hingga spot gambar cantik bertemakan #SharingHappiness.
Eh, bawalah sekali kawan atau keluarga tau sebab bila ada Pocky, setiap momen jadi lebih manis dan penuh senyuman.
Jadi, jangan lepaskan peluang ke Pocky Day 11.11 Roadshow di Sunway Velocity, Kuala Lumpur dari 11 hingga 16 November 2025 ini.
Tak kira di mana pun kita berada, Pocky menyatukan semua dengan satu bahasa iaitu kebahagiaan.
Jadi pada 11.11 ni, jangan hanya beli sesuatu untuk diri sendiri, tetapi kongsi dan ciptalah kegembiraan, memori indah bersama yang tersayang.
Kongsi Pocky, sebarkan senyuman dan raikan #SharingHappiness bersama!