Skip to main content

Advertorial

Pertunjukan 300 Dron ‘Warnai’ Malam TikTok Shop 6.6 Birthday Mega Sale Di TRX, Fattah Amin & Amira Othman Capai ‘Target’ Dalam Masa 2 Jam

TikTok

Sekilas

  • Kempen TikTok Shop 6.6 Birthday Mega Sale berlangsung selama tiga hari di Raintree Plaza, The Exchange TRX dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hebat.
  • Pengunjung dapat sertai sembilan stesen permainan interaktif untuk cabutan bertuah dengan hadiah seperti beg galas Adidas dan produk penjagaan kulit.
  • Acara kemuncak termasuk kehadiran Fattah Amin dan Amira Othman, persembahan Aisha Retno, serta pertunjukan 300 dron yang memukau pengunjung.

Bersempena tarikh 6.6, TikTok Shop telah menganjurkan kempen 6.6 Birthday Mega Sale bertempat di Raintree Plaza, The Exchange TRX, Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun lalu.

Acara yang diadakan gilang gemilang selama tiga hari itu menyediakan pelbagai aktivit menarik buat pengunjung yang hadir dengan pelbagai tawaran menarik, aktiviti interaktif serta penampilan khas selebriti popular.

Bukan sekadar platform untuk membeli-belah, TikTok Shop turut membawakan pengalaman yang lebih menghiburkan melalui pelbagai aktiviti dan permainan, cabutan bertuah serta persembahan istimewa sepanjang program berlangsung.

Antara tarikan utama adalah sembilan stesen permainan interaktif yang membolehkan pengunjung mengumpul cop bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah. Lebih banyak cop yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk membawa pulang hadiah menarik.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk beg galas Adidas, kepala pancuran mandi Cuckoo, produk penjagaan kulit daripada Skin1004 dan Paula’s Choice, produk Nongshim dan macam-macam lagi.

Kemuncak acara adalah pada Sabtu apabila pelakon dan usahawan terkenal, Fattah Amin bersama isteri tercinta, Amira Othman hadir memeriahkan acara dengan melancarkan produk mereka serta sesi ‘meet and greet’ bersama peminat.

Satu pencapaian buat pasangan selebriti ini apabila mereka berjaya mencapai sasaran jualan dalam tempoh hanya dua jam.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penampilan khas Eira Syazira sebelum penyanyi popular, Aisha Retno menghiburkan pengunjung menerusi menerusi dua buah lagu iaitu Kota Ini Tak Sama Tanpamu dan Sutera.

Tidak terhenti di situ, pengunjung kemudiannya disajikan dengan pertunjukan 300 dron yang mempamerkan pelbagai formasi kreatif dan visual memukau, sekali gus menjadi antara momen paling dinantikan sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Secara keseluruhannya, acara TikTok Shop 6.6 Birthday Mega Sale bukan sahaja berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung dengan aktiviti menarik, malah turut mengukuhkan kedudukannya sebagai platform e-dagang yang menawarkan pengalaman membeli-belah di hujung jari buat pengguna.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement