Skip to main content

Selebriti

Ada Rakan Sekolah Takut Dekati, Thalita Tidak Kecil Hati - “Mungkin Sebab Wajah Saya Nampak Sombong Tetapi Sebenarnya…”

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Thalita mengakui ada rakan sekolah yang takut mendekatinya kerana wajahnya sering disalah anggap sombong.
  • Dia tidak berkecil hati dengan tanggapan itu kerana lebih mengenali diri sendiri.
  • Bapanya, pelawak Shuib, tidak membenarkan dia bercinta ketika sekolah supaya fokus pada pelajaran.

Semakin dikenali ramai, penyanyi muda Thalita mengakui ada segelintir rakan sekolahnya yang berasa takut untuk mendekati dirinya.

Menurut Thalita, perkara itu mungkin berlaku kerana wajahnya sering disalah anggap sebagai sombong walaupun hakikatnya dia tidak begitu.

“Saya ada beberapa kawan yang takut nak dekati dan tegur saya. Mungkin sebab muka saya nampak sombong, tetapi sebenarnya tidak pun. Ada juga yang kata muka sahaja nampak sombong, tetapi perangai sebenarnya tidak,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, pelantun lagu Bayang Kelam itu berkata, dia tidak berkecil hati dengan tanggapan tersebut kerana lebih mengenali dirinya sendiri.

“Saya tidak terasa dengan mereka yang tidak mahu mendekati saya kerana perkara itu. Saya tahu diri saya bagaimana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Thalita turut berkongsi bahawa bapanya, pelawak Shuib tidak membenarkannya dirinya menjalinkan hubungan cinta ketika bersekolah kerana mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu.

“Papa tidak kasi saya bercinta. Belajar dahulu, tetapi dia bukanlah menghalang saya kalau saya suka seseorang. Cuma tidak perlu menjalinkan hubungan (couple),” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement