Skip to main content

Takut Bercakap Depan Peminat, Tam Spider Kongsi Pesanan M. Nasir - “Itu Jawapan Paling Best”

Bakar isteri

Sekilas

  • Tam dari kumpulan Spider berkongsi bahawa dia tidak mengalami stage fright, tetapi risau peminat bosan atau tersinggung dengan percakapannya di atas pentas.
  • M. Nasir pernah beri tip supaya jika tidak yakin bercakap, lebih baik fokus menyanyi, namun Tam tetap cuba berkomunikasi dengan peminat semasa persembahan.
  • Konsert Spideraya akan diadakan pada 26 September di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, dan mereka berharap M. Nasir dapat dijemput sebagai penyanyi jemputan, bergantung pada jadualnya.

Anggota kumpulan Spider, Tam berkongsi pesanan yang diberikan oleh penyanyi legenda, M. Nasir mengenai kebimbangannya untuk bercakap di atas pentas ketika mengadakan persembahan atau konsert.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menafikan dirinya mengalami stage fright, sebaliknya dia hanya risau peminat akan berasa bosan mendengar percakapannya atau tersinggung dengan kata-kata yang disampaikan.

“Saya dapat belajar memperbaiki percakapan saya di depan orang ramai sebab itu memang kelemahan saya. Saya takut bila bercakap, orang akan rasa bosan.

“Bukan sebab saya ada stage fright, tetapi kadang-kadang perkataan saya berterabur dan saya risau tersalah cakap hingga boleh menyinggung perasaan orang,” katanya kepada Gempak.

Tam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Spideraya di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Tom berkata M. Nasir pernah berkongsi tip kepadanya mengenai cara berkomunikasi dengan penonton, malah menyarankan agar dia memberi fokus kepada nyanyian sekiranya tidak yakin untuk bercakap.

Namun, katanya, demi peminat dia tetap akan cuba untuk berkomunikasi dengan mereka ketika membuat persembahan.

“Dulu M. Nasir pernah berkongsi tip kepada saya tentang cara berkomunikasi dengan penonton.

“Dia kata, kalau tidak pandai bercakap, lebih baik menyanyi sahaja dan jangan banyak bercakap. Itu jawapan paling best. Tetapi demi peminat, saya tetap cuba untuk bercakap,” ujarnya.

Dalam masa sama, Tam mengakui M. Nasir merupakan individu yang paling ingin dijemput sebagai penyanyi jemputan untuk Konsert Spideraya yang bakal berlangsung nanti.

Bagaimanapun, dia perlu melihat terlebih dahulu kesesuaian jadual penyanyi tersebut kerana bimbang M. Nasir tidak dapat hadir disebabkan urusan lain.

“Kalau ikutkan, kami memang sangat berharap M. Nasir dapat menjadi penyanyi jemputan untuk konsert kami. Namun, kami perlu lihat dahulu jadualnya kerana bimbang bertembung dengan urusan lain.

“Kalau M. Nasir tidak dapat bersama kami, mungkin kami akan gantikan dengan sesuatu yang melibatkan peminat,” kongsinya.

Sekadar info, Konsert Spideraya bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 September ini dengan harga tiket serendah RM158.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement