Skip to main content

Viral

Tak Ambil Hati Dengan Kecaman Netizen, Ekyn Wong Mohon Tidak Libatkan Keluarga - “Individu Yang Bertindak Kurang Sopan Itu…”

ASTROGEMPAK Ekyn Wong

Sekilas

  • Ekyn Wong mengaku tindakannya yang didakwa menghina warga China dengan menggelarkan mereka "busuk" adalah kurang sopan dan memohon maaf atas kejadian itu.
  • Dia bersedia menerima kecaman yang diterima tetapi berharap keluarganya tidak menjadi sasaran kerana hanya dia yang bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.
  • Ekyn menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa dan peguam untuk tindakan lanjut dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Individu yang dikenali sebagai Ekyn Wong mengakui tindakannya yang didakwa menghina warga China ketika berada di negara itu merupakan perbuatan yang kurang sopan.

 

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Ekyn berkata dia bersedia menerima segala kecaman yang ditujukan kepadanya susulan insiden tersebut, namun berharap ahli keluarganya tidak turut menjadi sasaran.

 

“Saya tidak ambil hati dengan mesej atau kecaman yang dihantar netizen kepada saya kerana mungkin saya juga akan berbuat perkara sama jika berada di tempat mereka.

 

“Kalau mahu kecam, kecam saya seorang. Jangan libatkan keluarga saya kerana individu yang bertindak kurang sopan itu adalah saya. Kita semua manusia biasa, tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

 

Dalam masa sama, Ekyn memaklumkan dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana perkara itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan peguam untuk tindakan selanjutnya.

 

“Ramai yang bertanya kenapa saya berkata begitu. Memang ketika itu ada bau yang kurang menyenangkan kerana saya dan beberapa rakan sedang beratur di hadapan tandas.

 

“Saya hanya menyebut perkataan ‘busuk’ dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata makian. Namun saya akui tindakan saya itu kurang sopan.

 

“Buat masa ini, saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan peguam untuk menyelesaikannya,” ujarnya.

 

Terdahulu, Ekyn tampil memohon maaf selepas tindakannya didakwa menghina warga China dengan menggelarkan mereka “busuk” ketika melancong ke negara tersebut sehingga mengundang kecaman ramai.

 

Menurutnya, dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan, mengaibkan mana-mana pihak atau mencetuskan konflik, sebaliknya mendakwa rakaman video yang tular itu dibuat secara spontan tanpa memikirkan implikasi yang bakal timbul.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement