Skip to main content

Sukan Permotoran

Hakim Danish Cipta Sejarah Raih Podium Pertama Moto3, ‘Hilang’ Di Pentas Elak Semburan Arak

Hakim Danish

Sekilas

  • Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish Ramli, mencuri tumpuan apabila menghilang seketika dari podium Moto3 Grand Prix Itali untuk elak semburan champagne.
  • Hakim Danish berjaya meraih podium ketiga selepas perlumbaan 17 pusingan di Litar Mugello, menjadikannya pelumba Malaysia pertama kembali ke podium Moto3 dalam tempoh sedekad.
  • Selepas tujuh pusingan, Hakim Danish mengumpul 43 mata dan bersedia untuk aksi GP Hungary pada awal Jun ini.

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mencuri perhatian apabila ‘menghilang’ seketika daripada pentas utama podium Moto3 di Grand Prix Itali di Litar Mugello pada Ahad, dipercayai bagi mengelak daripada terkena semburan champagne sambutan kemenangan.

Tindakan tersebut berlaku sejurus selepas pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun itu meraikan kejayaan bersejarah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus meraih podium sulungnya musim ini.

Namun ketika sesi sambutan podium berlangsung, Hakim Danish dilihat tidak kekal lama di pentas utama, dipercayai bagi mengelakkan situasi yang tidak selesa dengan tradisi semburan minuman beralkohol dalam upacara kemenangan.

Insiden sama pernah berlaku pada 2016 apabila pelumba Moto3 kelahiran Kampung Gajah, Perak ketika itu, Khairul Idham Pawi melakukan tindakan serupa ketika menjuarai GP Argentina.

Hakim Danish meraih podium selepas tampil konsisten sepanjang perlumbaan 17 pusingan sebelum menamatkan aksi hanya 0.456 saat (s) di belakang pemenang, Brian Uriarte yang mencatat masa 33 minit 07.801s.

Rakan sepasukan Uriarte, Alvaro Carpe menamatkan perlumbaan di tempat kedua (+0.418s), manakala Hakim Danish melengkapkan podium di tempat ketiga.

Sementara itu, pelumba Honda Team Asia dari Indonesia, Veda Pratama menamatkan saingan di kedudukan kelapan selepas turut mempamerkan tunggangan kompetitif.

Perlumbaan di Mugello turut mencipta sejarah buat sukan permotoran negara apabila Hakim Danish menjadi pelumba Malaysia pertama kembali ke podium Moto3 dalam tempoh sedekad.

Selepas tujuh pusingan, Hakim Danish kini mengumpul 43 mata keseluruhan menjelang aksi GP Hungary dari 5 hingga 7 Jun ini.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Dovewill Full Face Bicycle Helmet Mountain Bike Helmet Comfortable Protective Gear Cycling Helmet Bicycle Helmet for Men And Women

Dovewill Full Face Bicycle Helmet Mountain Bike Helmet Comfortable Protective Gear Cycling Helmet Bicycle Helmet for Men And Women

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement