Skip to main content

Selebriti

Nabil Ahmad Nampak Isteri Lebih Tenang Selepas 13 Tahun Bersama, Tiada Lagi Soalan ‘Trigger’ - “Ke Dia Dah Tak Peduli? Aku Risau Juga…”

ASTROGEMPAK Nabil

Sekilas

  • Nabil Ahmad berkongsi rasa syukur melihat perubahan positif isterinya, Nazirah Ayub, yang kini lebih tenang dan tidak mudah rasa insecure selepas 13 tahun bersama.
  • Nabil menyatakan isterinya sudah tidak lagi bertanya soalan yang boleh mencetuskan rasa tidak selesa selepas pulang kerja dan menjalani rutin harian seperti biasa.
  • Walaupun gembira dengan perubahan itu, Nabil turut meluahkan kebimbangan sama ada ketenangan itu benar-benar tanda isterinya sudah okey atau sebaliknya.

Penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad  meluahkan rasa syukur apabila melihat perubahan ketara isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, selepas 13 tahun bersama.

 

Menurut Nabil, isterinya kini dilihat lebih tenang dan tidak lagi mudah berasa tidak selamat atau ‘insecure’ seperti sebelum ini.

 

“Ini yang aku tunggu 13 tahun. Alhamdulillah, akhirnya dia jadi juga. Bini aku, Zira, dia dah relaks, dia dah mula tenang. Apa aku buat, apa semua, dia dah tak insecure.

 

“Balik kerja, MeleTOP, dah tak ada soalan-soalan yang trigger. 13 tahun tunggu. Alhamdulillah, boleh cakap perubahan yang drastiklah. Dia dah tenang,” kongsinya.

 

Nabil berkongsi perkara itu ketika di segmen 3 Pagi Era bersama dua rakannya, Pak Azad dan Radin. 

 

Bagaimanapun di sebalik perubahan positif itu, Nabil mengakui timbul rasa bimbang dalam dirinya sama ada ketenangan itu benar-benar tanda isterinya sudah ‘okey’ atau sebaliknya.

 

“Ke dia dah tak peduli? Aku risau juga sebenarnya. Macam ni sebenarnya dia dah okey ataupun dia dah tak peduli,” ujarnya lagi.

 

Untuk rekod, pengacara program MeleTOP itu bernikah dengan isterinya pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

@era.je 13 tahun Nabil tunggu untuk dapatkan moment ni 😂 Akhirnya selepas 13 tahun, Nabil kongsi isterinya dah ada perubahan. Comel je! Semoga bahagia dunia akhirat untuk Nabil & Zira 💚 #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA ♬ original sound - ERA

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement