Sekilas
- Marissa Dania berkongsi video lawatan ke pusara anaknya yang meninggal dunia pramatang ketika kandungan berusia enam bulan.
- Dalam video tersebut, Marissa menyatakan jika anaknya masih hidup, kini sudah berusia setahun enam bulan.
- Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Marissa atas kehilangan tersebut.
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mengenai lawatannya ke pusara arwah anaknya.
Menerusi perkongsian video di Tiktok, Marissa berkongsi aktivitinya sepanjang menyambut Hari Raya Aidiladha.
Lebih memilukan apabila Marissa berkongsi bahawa jika anaknya masih hidup, usia si kecil itu kini sudah memasuki setahun.
“Dah petang sikit saya ziarah anak syurga saya. Kalau diikutkan usianya sekarang, mesti sudah setahun enam bulan,”katanya.
Perkongsian tersebut telah mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya sebak dengan pemergian anak Marissa sambil mentipkan kata-kata semangat buatnya.
Sekadar info, Marissa dan bekas suami, Ahmad Aslam telah kehilangan bayi sulung mereka ketika kandungannya berusia enam bulan.
Bayi mereka dilaporkan telah meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang dan tidak dapat diselamatkan.