Skip to main content

Hiburan

Fathia Latiff Dedah Terima Mesej Mengejutkan Daripada Penerbit - "Saya Tak Sentap..."

Astrogempak FATIYA

Sekilas

  • Fathia Latiff berkongsi pengalaman menerima mesej daripada seorang penerbit yang memberitahu dia tidak lagi akan mendapat watak utama dalam produksi.
  • Fathia faham situasi ini biasa berlaku dalam industri hiburan apabila populariti seseorang artis menurun.
  • Dia kini lebih fokus kepada perniagaan sendiri dan berharap mendapat sokongan untuk terus maju ke hadapan.

Disangka mahu memberi tawaran lakonan, namun lain pula mesej yang diterima oleh pelakon, Fathia Latiff daripada seorang penerbit.

Menerusi hantaran di Threads, Fathia berkongsi individu tersebut menghubunginya hanya untuk memberitahu bahawa dirinya tidak lagi akan menerima watak utama dalam sesebuah produksi.

“Ada seorang producer tiba-tiba mesej saya kononnya nak ambil saya berlakon.

"Rupanya dia cuma nak cakap yang saya dah tak akan dapat watak utama lagi. Saya tak sentap. Saya tahu macam mana putaran hidup sebagai seorang pelakon,” katanya.

Menurut Fathia, situasi seperti itu bukanlah sesuatu yang asing dalam industri hiburan apabila seseorang artis berada di puncak populariti.

“Bila kita tengah top, berduyun-duyun producer, stesen TV atau pemilik produk nak ambil kita berlakon dan buat review tapi bila dah tak ‘panas’, mereka pun tak pandang kita.

“Situasi ini akan jadi dekat mana-mana artis, tunggu masa sahaja, cepat atau lambat,” ujarnya.

Pada masa sama, Fathia akui dia tidak terlalu bergantung kepada tawaran daripada syarikat produksi kerana kini sedang memberi fokus kepada perniagaan yang diusahakannya sendiri.

“Saya tak hadap sangat pun dapat job dari mana-mana syarikat sebab saya sedang fokus dengan bisnes sendiri. Walaupun kecil, saya percaya perniagaan saya boleh berkembang lebih besar.

“Saya cuma harap doa dan sokongan daripada semua. Mungkin ia boleh membantu saya mengejar kejayaan demi masa depan yang lebih baik. Terima kasih semua,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement