Skip to main content

Selebriti

Idan Aedan Buka Mulut Isu Tular ‘Check In’ Dengan Kekasih Orang, Dakwa Ada Rakaman Diubah Suai – “Saya Serahkan Pada Peguam, Ini Dikira Kes Fitnah”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Idan Aedan tampil menjelaskan bahawa rakaman tular yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita telah diubah suai dan kini diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.
  • Idan menegaskan hubungan mereka hanyalah kawan dan dia kini fokus pada kerjaya serta menganggap kontroversi ini sebagai ujian dalam industri hiburan.
  • Idan juga sedang membintangi filem Kacau yang akan ditayangkan di pawagam hujung tahun ini.

Pertama kali terpalit dengan kontroversi, pelakon Idan Aedan akhirnya tampil bersuara mengenai isu tular yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita.

Menurut Idan, terdapat beberapa rakaman yang didakwa telah diubah suai sehingga memberi gambaran seolah-olah dirinya berada dalam situasi yang diperkatakan.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak memperbesarkan isu tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam untuk diuruskan secara profesional.

“Pertama sekali, saya tak pernah merasai pengalaman seperti ini. Alhamdulillah, saya dapat merasai bagaimana perasaan dibenci orang. Tetapi, cara saya menguruskannya ialah dengan kekal profesional.

“Kita tahu apa yang benar, keluarga saya pun tahu apa yang benar. Walaupun ada beberapa rakaman yang dikeluarkan dan diubah untuk menunjukkan saya dan keluarga di situ.

“Saya tidak mahu bising dan terlalu lantang mengenai kes tersebut. Jadi, saya memilih untuk berdiam diri.

“Dari segi komunikasi di pihak sana, saya ada peguam untuk menguruskannya kerana ini sudah dikira sebagai kes fitnah. Saya dan keluarga tidak akan mengambil ringan perkara tersebut terutama apabila perkara itu boleh mengotorkan nama saya dalam industri,” katanya kepada Gempak.

Idan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran filem Kacau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam masa sama, pelakon filem Kacau itu tidak menafikan bahawa setiap individu yang sedang berada di fasa terbaik dalam kerjaya pasti akan berdepan pelbagai ujian dan pihak yang cuba mencari kesilapan mereka.

“Apa yang saya faham mengenai industri ini adalah setiap kali apabila seseorang itu berada dalam fasa yang terbaik, pasti akan ada yang cuba mencari salah. Saya nampak perkara itu dan walaupun kita telah cuba yang terbaik, kita mesti akan kena juga.

“Jadi, saya terima sahaja perkara itu. Saya rasa ia adalah sebahagian daripada cabaran untuk saya menempah nama dalam industri.

“Saya anggap ini sebagai satu ujian dan saya mahu menyelesaikannya mengikut saluran perundangan,” ujarnya.

Sementara itu, Idan turut menjelaskan status hubungannya dengan wanita yang dikaitkan dengannya selain menegaskan bahawa fokus utamanya ketika ini adalah terhadap kerjaya.

“Hubungan kami hanyalah sekadar kawan. Kami sangat rapat. Kami semua kawan. Saya rapat dengan semua orang sama rata. Saya tak perlu nak klarifikasi apa-apa.

“Status saya sekarang masih single. Saya dah lama single dan hanya ingin fokus pada kerjaya saya sahaja,” katanya.

Terdahulu, nama Idan menjadi sebutan di media sosial selepas dia didakwa menjalinkan hubungan dengan kekasih orang dan dipercayai telah ‘check in’ di sebuah hotel bersama wanita terbabit.

Dalam perkembangan lain, Idan turut membintangi filem Kacau arahan Muzammer Rahman yang dijangka menemui penonton di seluruh pawagam hujung tahun ini. 

Selain Idan, filem tersebut turut menampilkan Khayrisyah Kemal, Fimie Don, Nurel Baharin, Arfie Shah dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement